DIVISIONS

OF STUDENT AFFAIRS AND ALUMNI

Welfare

Unit Kaunseling dan Kebajikan (UKK) berperanan dalam menjaga kebajikan mahasiswa dengan menawarkan sumbangan dan bantuan dalam bentuk wang dan barangan (makanan) kepada mahasiswa yang memerlukan mengikut kategori yang tersenarai. Berikut merupakan bantuan dan sumbangan yang dikendalikan oleh UKK:

  1. Bantuan kematian mahasiswa / ibu / bapa
  2. Bantuan mahasiswa kemalangan / sakit
  3. Bantuan kecurian / kebakaran
  4. Bantuan tabung pinjaman TAWFEQ
  5. Tuntutan insurans kelompok mahasiswa

Objektif

  1. Memastikan kebajikan pelajar sentiasa terpelihara.
  2. Memastikan kesihatan terpelihara dan menghantar pelajar ke klinik untuk mendapatkan rawatan.
  3. Mengendalikan pengurusan Jenazah pelajar UCMI.
  4. Mengendalikan insuran kelompok pelajar (kemalangan dan kematian).
  5. Memberi sumbangan kepada keluarga pelajar bagi yang kehilangan ayah/ibu (meninggal dunia).
  6. Menziarah dan melawat pelajar yang sakit/kemalangan di hospital atau di rumah untuk di salurkan sumbangan dari UCMI.

Panduan Permohonan Sumbangan Kebajikan

  1. Bagi mahasiswa yang ingin memohon sumbangan, mahasiswa atau wakil (fakulti atau keluarga) boleh hadir ke kaunter BHEPA, Kampus Batu Muda, untuk membuat permohonan; ATAU
  2. Email terus kepada BHEPA di alamat email: [email protected] untuk menggemukakan permohonan. 
  3. Bersama permohonan, mahasiswa atau wakil mahasiswa (fakulti atau ahli keluarga) diminta untuk melampirkan dokumen sokongan seperti berikut:

Senarai Sumbangan Yang Diterima Pada Tahun 2024

  1. Makanan Percuma MAIWP
  2. Makanan Segera RETORT
  3. Gerobok Rezeki 2024
  4. Sumbangan Kebajikan 
  5. Sumbangan Baju Raya 2024
  6. Sumbangan juadah berbuka puasa sepanjang bulan Ramadhan 2024
  7. Sumbangan Rahmah Ramadan MAIWP – “Jom Balik Raya”
Skip to content