DIVISIONS

OF STUDENT AFFAIRS AND ALUMNI

PENGENALAN

Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA) telah merangka modul SUPERB bagi melahirkan graduan holistik yang merangkumi semua aspek kehidupan. Modul SUPERB adalah satu modul pembangunan mahasiswa yang bertujuan memperkukuhkan pendekatan holistik, professional dan kemanusiaan bagi membangunkan individu yang lebih baik. Modul SUPERB merangkumi lima prinsip utama yang terdiri daripada superior, ummah- professional, excellence, Rabbani dan budi, dengan tiga teras utama iaitu Holistik, Profesional dan Kemanusiaan.

Modul SUPERB juga memfokuskan kepada elemen-elemen dalam University Social Services (USR), Program Pemindahan Ilmu atau Knowledge Transfer Program (KTP) dan Sustainable Development Goals (SDGs). KTP dirangka untuk menggalakkan pemindahan ilmu kepada sasaran komuniti dan industri untuk memperkukuhkan ilmu masyarakat awam. Manakala program-program yang dijalankan oleh mahasiswa akan mencapai 17 matlamat yang digariskan di dalam Matlamat Pembangunan Lestari atau SDGs. Di antara matlamat yang akan diberi fokus adalah SDGs 1- Tiada Kemiskinan, SDGs 2- Kelaparan Sifar, SDGs 8 – Pekerjaan memuaskan dan Pertumbuhan Ekonomi, SDGs 11 – Bandar dan Komuniti Lestari dan SDGs 17 – Perkongsian untuk maklumat.

Penilaian dan pemarkahan bagi modul SUPERB dibangunkan berdasarkan kepada setiap item penilaian dan rubrik pemarkahan yang telah ditetapkan. Program ini akan memberi galakan dan manfaat yang signifikan dalam membentuk mahasiswa yang berwawasan serta bertanggungjawab dalam merealisasikan aspirasi untuk pembangunan lestari dalam pencapaian KPT dan SDGs. Melalui kerangka SUPERB, graduan yang akan dihasilkan mampu berdaya saing dalam kehidupan yang mencabar, mengaplikasikan keimanan dan ketaqwaan dalam pentadbiran dan pengurusan. Seterusnya terhasillah graduan yang berakhlak luhur, mahir berkomunikasi, boleh bekerjasama dan memiliki profesionalisme. Pembangunan Modul SUPERB juga akan membentuk graduan yang berfikiran kritis dalam menyelesaikan masalah serta boleh membuat keputusan dengan tepat seterusnya mampu meneroka dan mewujudkan jaringan kerjasama dalam pentadbiran dan pengurusan.

Matlamat modul SUPERB ini adalah untuk melahirkan mahasiswa yang seimbang dari segi sahsiah, rohani dan jasmani. Ianya dapat membantu mahasiswa untuk menjadi mahasiswa yang berketerampilan seterusnya berjaya di dunia dan akhirat. Ini amat bersesuaian serta sejajar dengan misi dan visi UCMI dan juga Pelan Strategik UCMI 2022/2025 (Teras 5: Melahirkan mahasiswa dan alumni yang unggul) dan melahirkan mahasiswa yang professional, berketerampilan, berkemahiran dan bersahsiah tinggi dengan kelulusan akademik yang baik dan kemahiran hidup yang mantap dalam semua bidang.

Ciri graduan yang akan dihasilkan berdasarkan modul SUPERB adalah seperti berikut :

  • Daripada penerima zakat kepada pembayar zakat;
  • Satu keluarga satu ijazah;
  • Sentiasa bersyukur;
  • Sedia membantu;
  • Mempunyai kemahiran ilmu dan amalan kerja yang menepati kehendak majikan;
  • Mempunyai daya kepimpinan yang dihormati dan disegani;
  • Berinovatif;
  • Mempunyai daya pemikiran yang kritis dan saintifik; dan
  • Mengamalkan ciri-ciri murni dalam hubungan antara manusia dan alam sekelilingnya.
Skip to content